Wednesday 10 February 2016

Pusat Akses bakal beroperasi bagi sesi 2016

15 Februari 2016(Isnin) - Pusat Akses SK Bandar Pusat , bakal beroperasi sepenuhnya.

Semoga kembali gah.. dan cemerlang seperti suatu masa dahulu....



Saturday 17 January 2015

Wednesday 15 January 2014

PuAS & AUDIO VISUAL

Pusat Akses Sekolah (PuAS) kini telah beroperasi seperti biasa setelah diubah suai berikutan perpindahan Unit Audio Visual (Bilik Tayangan). Semua peralatan audio visual kini boleh didapati untuk proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) di PuAS.

Dalam pada itu, murid boleh terus mengakses seperti biasa 10 PC PuAS sedia ada, 2 PC untuk CDRI interaktif dan 2 PC untuk rujukan kamus dan e-book.

Manakala penggunaan PuAS sebagai bilik tayangan hanya boleh dilakukan sewaktu pdp menerusi tempahan bilik sahaja. Sesungguhnya semua peralatan audio visual telah diuji dan berkeadaan baik untuk pdp.

Pengawas Brigred Bestari telah dipertanggungjawab untuk memastikan PuAS sentiasa dalam keadaan yang sesuai untuk diakses oleh murid guru, persembahan multimedia dan yang seumpamanya.

Disediakan oleh GPM SK Bandar Pusat

Sunday 9 June 2013

PuAS SKBP dan SLAAS

Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) SK Bandar Pusat telah dianugerahkan Anugerah Emas Sekolah Lestari Kategori Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan. PuAS SK Bandar Pusat berbangga kerana turut menjayakan program tersebut dengan dilantik sebagai jawatankuasa yang berkaitan IT dan Multimedia.

Sehubungan dengan itu, PSS SK Bandar Pusat melalui Unit PuAS telah bekerja keras untuk mewujudkan blog SLAAS dan akaun Facebook.

Andah boleh ikuti laman tersebut di alamat berikut : http://skbp-sekolah-lestari.blogspot.com/

Wednesday 24 October 2012

PuAS SKBP TERBAIK PAHANG 2012

23 Oktober 2012, di Dewan Jubli Majlis Perbandaran Maran, Pusat Akses Sekolah (PuAS) Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat telah dianugarah Pusat Akses Sekolah Terbaik Pahang 2012.

Seluruh warga SK Bandar Pusat berbangga dengan kejayaan ini, berikutan pernah menletakkan nama sekolah sebagai PuAS Contoh Daerah Maran pada tahun 2008. Tuan Haji Abdul Ghani, GPK Pentadbiran SK Bandar Pusat telah menerima penganugerahan tersebut bersempena Program Kem Membaca 1Malaysia dan READ 2012 di dewan berkenaan.

GPM mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat. Terutama GPB Cik Nadrah dan FT Puan Zaliza. Tahniah.

Saturday 13 October 2012

SELAMAT DATANG

Kami mengalu-alukan kedatangan guru-guru dari SMT Muadzam Shah dan SK Purun yang akan mengadakan kunjungan perkongsian pintar dengan SK Bandar Pusat.

Program berkenaan dijadualkan dari pukul 10.00 pagi hingga 2.petang pada 15 Oktober 2012 hari Isnin.

Selamat Datang ke Laman Kami, Pusat Akses Sekolah, PSS SK Bandar Pusat, Bandar Jengka.

Friday 12 October 2012

PERATURAN DAN KESELAMATAN


PERATURAN AM

1. Dilarang masuk tanpa izin atau semasa ketiadaan guru.
2. Masuk mengikut Jadual Waktu Penggunaan Pusat Akses.
3. Catat segala penggunaan dalam Buku Rekod Penggunaan dan Log Komputer.
4. Berada di dalam Pusat Akses dalam keadaan senyap – dilarang berlari, bergurau senda dan bergaduh di dalam Pusat Akses.
5. Dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer.
6. Dilarang membawa masuk sebarang perisian luar kecuali dengan izin Penyelaras
7. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian kecuali dengan izin Penyelaras.
8. Dilarang melayari internet pada alamat yang tidak bermoral/lucah.
9. Kemaskan Pusat Akses dan susun semula kerusi sebelum keluar.
10. Sentiasa menjaga kebersihan Pusat Akses.
11. Laporkan segera kepada Penyelaras atau guru bertugas, jika terdapat sebarang bunyi ganjil, terbau benda terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal.

PERATURAN UNTUK GURU

1.  Semua peralatan di dalam Pusat Akses tidak dibenarkan di bawa keluar.
2.  Kertas taip putih dan bewarna tidak akan dibekalkan kepada guru-guru untuk
kegunaan peribadi.
3.  Sesuatu yang diperlukan mestilah dimaklumkan kepada Penyelaras supaya dapat direkodkan dan memudahkan untuk dikesan pergerakannya.
4.  Segala peralatan yang digunakan, mestilah diletakkan di tempat asalnya.
5.  Sesuatu alat yang dipinjam mesti ada tandatangan pengakuan mengambil atau memulangkannya dengan ditandatangani pengesahan oleh Penyelaras.
6.  Penyelaras berhak menuntut semula barang yang dipinjam jika melebihi dua minggu dari tempoh pinjaman
7.  Guru-guru yang datang ke Pusat Akses tidak dibenarkan menyelongkar atau membaca apa jua bahan di dalam fail tanpa kebenaran Penyelaras.
8.  Kebenaran hendaklah diminta untuk mencetak bahan-bahan dan mencetak bahan persendirian adalah tidak dibenarkan.
9.  Guru yang hendak menggunakan Pusat Akses, makluman hendaklah dibuat kepada Penyelaras sehari sebelum penggunaan.
10. Persediaan hendaklah dibuat sepuluh minit sebelum murid masuk untuk memastikan PC boleh digunakan.
11. Guru yang membawa murid masuk ke Pusat Akses juga hendaklah mengisi Buku Rekod Penggunaan  Pusat Akses dan memastikan setiap murid yang menggunakan PC mencatatnya dalam Buku Rekod Penggunaan PC.
12. Setelah selesai sesuatu penggunaan, guru tersebut hendaklah memeriksa PC dan memastikan PC dimatikan dengan betul.
13. Guru tersebut hendaklah mencatatkan sebarang masalah dan kerosakan dalam Buku Laporan Kerosakan untuk makluman Penyelaras.

KESELAMATAN PENGGUNA

1. Meja Komputer diatur dengan baik dan tersusun, sistem unit di tempat yang sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti.
2. Tempat duduk selesa, kerusi boleh dilaras mengikut keperluan pengguna dan duduk tegak untuk menghindari dari sakit pinggang.
3. Kabel-kabel komputer diletakkan di tempat selamat dari laluan pengguna.
4. Penapis cahaya monitor boleh digunakan untuk keselamatan mata pengguna.
5. Laraskan kedudukan monitor dengan mata, monitor harus 18 ke 24 inci jauh dari mata.
6. Pengguna perlu berehat selepas 2 jam menggunakan komputer dan melihat kehijauan di luar untuk melegakan pandangan mata.
7. Berehat sebentar jika mengalami sakit tengkok, sakit tulang belakang dan keletihan kedua-dua tangan.
8. Pastikan Pusat Akses dilengkapi dengan kotak pertolongan cemas.
9. Jika casing perlu dibuka untuk kerja penyelenggaraan, pastikan sistem unit di ‘shutdown’, matikan kuasa elektrik dan tanggalkan plug.
10. Elakkan dari memakai tali leher, barang kemas dan berambut panjang semasa itu.
11. Perhatikan jika ada wayar kuasa yang terdedah, tukar mana kabel kuasa yang rosak.

KESELAMATAN PERKAKASAN

1. Jangan membawa keluar sebarang perkakasan komputer dari Pusat Akses tanpa kebenaran.
2. Jika ada bunyi ganjil atau terhidu sesuatu yang terbakar, kenalpasti komputer yang terlibat dan segera putuskan bekalan kuasa dinding yang bersambung ke komputer itu.
3. Komputer yang rosak perlu diasingkan, dilabelkan dan dinyatakan perkara yang rosak untuk tindakan seterusnya.
4. Pastikan cakera liut disimpan di dalam kotaknya atau bekas bebas dari sebarang benda asing, habuk dan kekotoran.
5. Imbas cakera liut sebelum digunakan untuk mengelakkan sebarang virus.
6. Padamkan suis pencetak selepas digunakan.
7. Pengguna dikehendaki melaporkan sebarang kerosakan perkakasan kepada Penyelaras.
8. Kekisi dan tetingkap perlu dipasang untuk mengelakkan kecurian perkakasan berlaku
9. Sistem penggera kebakaran (sistem pengesan asap dan api) perlu dipasang untuk mengelakkan kebakaran dari berlaku.
10. Pastikan disk cleaner dan cecair alkohol ada disimpan di dalam Pusat Akses untuk mencuci pemacu cakera yang kotor.

KESELAMATAN KOMPUTER

1. Sebaiknya suhu dalam Pusat Akses tidak lebih daripada 40 C.
2. Komputer menggunakan alat pelaras arus elektrik (AVR atau UPS) supaya voltan elektrik yang masuk ke komputer sentiasa terkawal dan stabil.
3. Elakkan dari banyak menggunakan socket extension.
4. Jika perlu memindahkan komputer, harus diingat sistem unit komputer agak sensitif. Elakkan dari terhantuk , tergegar dengan kuat atau terjatuh.
5. Semasa menggunakan komputer, tidak boleh makan, minum dan merokok.
6. Jangan biarkan sistem unit terdedah terlalu lama tanpa casing.
7. Gunakan can-air untuk kerja membersihkan habuk di bahagian dalam sistem unit.
8. Tanggalkan plag 3 pin dari soket pada dinding setelah selesai menggunakan komputer.
9. Jangan menyambung apa jua kabel peranti (termasuk tetikus dan papan kekunci) ke sistem unit tanpa sistem unit di shutdown. 
10. Elakkan papan kekunci daripada tercemar kepada air dan habuk.
11. Jika perlu menyambung kabel ke sistem unit, lakukan secara berhati-hati supaya pin kabel tidak bengkok, terpatah atau termasuk ke dalam.

KESELAMATAN PERISIAN KOMPUTER

1. Laporkan sebarang kerosakan perisian dan komputer berkenaan ditandakan.
2. Elakkan (jangan) menyalin perisian luar ke dalam cakera keras komputer tanpa kebenaran.
3. Elakkan (jangan) membawa masuk perisian CD atau perisian dalam disket dari luar ke dalam makmal tanpa kebenaran.
4. Elakkan (jangan) menyalin perisian dari cakera keras komputer tanpa kebenaran.
5. Kemaskinikan perisian anti virus dari semasa ke semasa.
6. Perisian-perisian dalam komputer yang rosak atau tidak sempurna perlu dihapuskan dan dibuat salinan semula ke dalam cakera keras.
7. Jika terdapat laporan virus menjangkiti mana-mana cakera keras komputer, kenalpasti komputer itu.
8. Usahakan sesuatu untuk menyahkan virus yang menyerang.
9. Lakukan aktiviti scandisk dan defrag untuk cakera keras komputer seelok-eloknya sekali dalam sebulan.

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

Pengguna Internet perlu mengambil maklum bahawa adalah menjadi kesalahan untuk:

1. Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara.
2. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta perlanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.
3. Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.
4. Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantai serta lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia.
5. E-mel :
a.  Menghantar iklan yang tidak dikehendaki atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan.
b.  Melakukan pengeboman e-mel (mail bombing) iaitu secara sengaja membanjiri e-mel seseorang dengan menghantar e-mel yang sama atau bersaiz besar.
c.  Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan berita (newsgroup) Perbuatan ini dikenali juga dengan newsgroup spam.