PERATURAN AM
1. Dilarang
masuk tanpa izin atau semasa ketiadaan guru.
2. Masuk
mengikut Jadual Waktu Penggunaan Pusat Akses.
3. Catat
segala penggunaan dalam Buku Rekod Penggunaan dan Log Komputer.
4. Berada di
dalam Pusat Akses dalam keadaan senyap – dilarang berlari, bergurau senda dan
bergaduh di dalam Pusat Akses.
5. Dilarang
mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer.
6. Dilarang
membawa masuk sebarang perisian luar kecuali dengan izin Penyelaras
7. Dilarang
membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian kecuali dengan izin Penyelaras.
8. Dilarang
melayari internet pada alamat yang tidak bermoral/lucah.
9. Kemaskan
Pusat Akses dan susun semula kerusi sebelum keluar.
10. Sentiasa
menjaga kebersihan Pusat Akses.
11. Laporkan
segera kepada Penyelaras atau guru bertugas, jika terdapat sebarang bunyi
ganjil, terbau benda terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal.
PERATURAN
UNTUK GURU
1. Semua peralatan di dalam Pusat Akses tidak
dibenarkan di bawa keluar.
2. Kertas taip putih dan bewarna tidak akan dibekalkan
kepada guru-guru untuk
kegunaan peribadi.
3. Sesuatu yang diperlukan mestilah dimaklumkan
kepada Penyelaras supaya dapat direkodkan dan memudahkan untuk dikesan
pergerakannya.
4. Segala peralatan yang digunakan, mestilah
diletakkan di tempat asalnya.
5. Sesuatu alat yang dipinjam mesti ada
tandatangan pengakuan mengambil atau memulangkannya dengan ditandatangani
pengesahan oleh Penyelaras.
6. Penyelaras berhak menuntut semula barang yang
dipinjam jika melebihi dua minggu dari tempoh pinjaman
7. Guru-guru yang datang ke Pusat Akses tidak
dibenarkan menyelongkar atau membaca apa jua bahan di dalam fail tanpa
kebenaran Penyelaras.
8. Kebenaran hendaklah diminta untuk mencetak
bahan-bahan dan mencetak bahan persendirian adalah tidak dibenarkan.
9. Guru yang hendak menggunakan Pusat Akses,
makluman hendaklah dibuat kepada Penyelaras sehari sebelum penggunaan.
10.
Persediaan hendaklah dibuat sepuluh minit sebelum murid masuk untuk memastikan
PC boleh digunakan.
11. Guru yang
membawa murid masuk ke Pusat Akses juga hendaklah mengisi Buku Rekod
Penggunaan Pusat Akses dan memastikan setiap murid yang menggunakan PC
mencatatnya dalam Buku Rekod Penggunaan PC.
12. Setelah
selesai sesuatu penggunaan, guru tersebut hendaklah memeriksa PC dan memastikan
PC dimatikan dengan betul.
13. Guru
tersebut hendaklah mencatatkan sebarang masalah dan kerosakan dalam Buku
Laporan Kerosakan untuk makluman Penyelaras.
KESELAMATAN
PENGGUNA
1. Meja
Komputer diatur dengan baik dan tersusun, sistem unit di tempat yang sesuai dan
mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti.
2. Tempat
duduk selesa, kerusi boleh dilaras mengikut keperluan pengguna dan duduk tegak
untuk menghindari dari sakit pinggang.
3. Kabel-kabel
komputer diletakkan di tempat selamat dari laluan pengguna.
4. Penapis
cahaya monitor boleh digunakan untuk keselamatan mata pengguna.
5. Laraskan
kedudukan monitor dengan mata, monitor harus 18 ke 24 inci jauh dari mata.
6. Pengguna
perlu berehat selepas 2 jam menggunakan komputer dan melihat kehijauan di luar
untuk melegakan pandangan mata.
7. Berehat
sebentar jika mengalami sakit tengkok, sakit tulang belakang dan keletihan
kedua-dua tangan.
8. Pastikan
Pusat Akses dilengkapi dengan kotak pertolongan cemas.
9. Jika
casing perlu dibuka untuk kerja penyelenggaraan, pastikan sistem unit di
‘shutdown’, matikan kuasa elektrik dan tanggalkan plug.
10. Elakkan
dari memakai tali leher, barang kemas dan berambut panjang semasa itu.
11.
Perhatikan jika ada wayar kuasa yang terdedah, tukar mana kabel kuasa yang
rosak.
KESELAMATAN
PERKAKASAN
1. Jangan
membawa keluar sebarang perkakasan komputer dari Pusat Akses tanpa kebenaran.
2. Jika ada
bunyi ganjil atau terhidu sesuatu yang terbakar, kenalpasti komputer yang
terlibat dan segera putuskan bekalan kuasa dinding yang bersambung ke komputer
itu.
3. Komputer
yang rosak perlu diasingkan, dilabelkan dan dinyatakan perkara yang rosak untuk
tindakan seterusnya.
4. Pastikan
cakera liut disimpan di dalam kotaknya atau bekas bebas dari sebarang benda
asing, habuk dan kekotoran.
5. Imbas
cakera liut sebelum digunakan untuk mengelakkan sebarang virus.
6. Padamkan
suis pencetak selepas digunakan.
7. Pengguna
dikehendaki melaporkan sebarang kerosakan perkakasan kepada Penyelaras.
8. Kekisi dan
tetingkap perlu dipasang untuk mengelakkan kecurian perkakasan berlaku
9. Sistem
penggera kebakaran (sistem pengesan asap dan api) perlu dipasang untuk
mengelakkan kebakaran dari berlaku.
10. Pastikan
disk cleaner dan cecair alkohol ada disimpan di dalam Pusat Akses untuk mencuci
pemacu cakera yang kotor.
KESELAMATAN
KOMPUTER
1. Sebaiknya
suhu dalam Pusat Akses tidak lebih daripada 40 C.
2. Komputer
menggunakan alat pelaras arus elektrik (AVR atau UPS) supaya voltan elektrik
yang masuk ke komputer sentiasa terkawal dan stabil.
3. Elakkan
dari banyak menggunakan socket extension.
4. Jika perlu
memindahkan komputer, harus diingat sistem unit komputer agak sensitif. Elakkan
dari terhantuk , tergegar dengan kuat atau terjatuh.
5. Semasa
menggunakan komputer, tidak boleh makan, minum dan merokok.
6. Jangan
biarkan sistem unit terdedah terlalu lama tanpa casing.
7. Gunakan
can-air untuk kerja membersihkan habuk di bahagian dalam sistem unit.
8. Tanggalkan
plag 3 pin dari soket pada dinding setelah selesai menggunakan komputer.
9. Jangan
menyambung apa jua kabel peranti (termasuk tetikus dan papan kekunci) ke sistem
unit tanpa sistem unit di shutdown.
10. Elakkan
papan kekunci daripada tercemar kepada air dan habuk.
11. Jika
perlu menyambung kabel ke sistem unit, lakukan secara berhati-hati supaya pin
kabel tidak bengkok, terpatah atau termasuk ke dalam.
KESELAMATAN
PERISIAN KOMPUTER
1. Laporkan
sebarang kerosakan perisian dan komputer berkenaan ditandakan.
2. Elakkan
(jangan) menyalin perisian luar ke dalam cakera keras komputer tanpa kebenaran.
3. Elakkan
(jangan) membawa masuk perisian CD atau perisian dalam disket dari luar ke
dalam makmal tanpa kebenaran.
4. Elakkan
(jangan) menyalin perisian dari cakera keras komputer tanpa kebenaran.
5.
Kemaskinikan perisian anti virus dari semasa ke semasa.
6.
Perisian-perisian dalam komputer yang rosak atau tidak sempurna perlu
dihapuskan dan dibuat salinan semula ke dalam cakera keras.
7. Jika
terdapat laporan virus menjangkiti mana-mana cakera keras komputer, kenalpasti
komputer itu.
8. Usahakan
sesuatu untuk menyahkan virus yang menyerang.
9. Lakukan
aktiviti scandisk dan defrag untuk cakera keras komputer seelok-eloknya sekali
dalam sebulan.
ETIKA
PENGGUNAAN INTERNET
Pengguna
Internet perlu mengambil maklum bahawa adalah menjadi kesalahan untuk:
1. Menyalur
sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah
atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara.
2.
Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam
dan di luar negara serta perlanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.
3. Menganjur
perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara
keseluruhannya.
4. Menggalak,
membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim piramid
dan surat berantai serta lain-lain aktiviti yang
dilarang oleh Perlembagaan Malaysia .
5. E-mel :
a. Menghantar iklan yang tidak dikehendaki atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan.
a. Menghantar iklan yang tidak dikehendaki atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan.
b. Melakukan pengeboman e-mel (mail bombing)
iaitu secara sengaja membanjiri e-mel seseorang dengan menghantar e-mel yang
sama atau bersaiz besar.
c. Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada
banyak kumpulan berita (newsgroup) Perbuatan ini dikenali juga dengan newsgroup
spam.
The Best Casinos in New York City - Mapyro
ReplyDeleteFind 안동 출장안마 the best casino in New York City, NY. The site offers high-end 넥스트 바카라 slots, live tables games, 충청남도 출장안마 video poker and 부산광역 출장샵 live 전라북도 출장안마 dealer tables. Click to enjoy